Menarik pulak tengok doodle atau pun logo google hari ni, unik. Apa makna dia pun aku tak tahu la. Jadi aku menggogle la utk lihat doodle lain yang menarik dan unik untuk sepanjang tahun 2012 ni.
Tapi sebelum tu, tau tak apa itu doodle?? Ok doodle ialah logo yang google gunakan untuk menunjukkan sokongan terhadap.sesuatu perkara seperti perayaan, sambutan ulang tahun, artis dan sebagainya.
Google mempunyai designer mereka sendiri untuk mencipta doodle ini dan mereka digelar doodlers. Setakat ini dah lebih 1000 doodle direka oleh mereka dan digunakan diseluruh dunia.. Ni antara doodle yang menarik tahun ni













