Mulai 9 September 2015, pengguna lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang melalui Tol Gombak dan Bentong diwajibkan menggunakan kad Touch n Go atau pun Smart Tag sahaja. Tiada lorong tunai lagi akan dibuka di tol tersebut.
Info tersebut dimuatnaik di laman twitter mereka sebentar tadi.
Jadi, sesiapa yang sentiasa menggunakan tol-tol tersebut boleh bersiap-sedia dari sekarang, tak rugi pun kalau guna kad Touch n Go.
Kalau nak senang, jadikan sahaja MyKad anda sebagai kad Touch n Go. Pergi je kat mana-mana kaunter top-up dan buat isian. Terus boleh guna MyKad sebagai kad Touch n Go. Tapi sebelum tu, pastikan Mykad anda adalah yang terbaru dan mempunyai logo Touch n Go di belakangnya.
Selain tu, kad Touch n Go juga boleh digunakan di tempat-tempat berikut:
-Pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL
-Tempat letak kereta terpilih.
-Taman tema terpilih

betul tu. guna je IC jika xde kad touch & go.
zaleha recently posted..Giveaway EFG Mega Raya 2015 RM3100