Hanya untuk rekod

Post ni hanya untuk rekod peribadi je.. Boleh je set post ni sebagai private, tapi biar je la public, mana tau ada orang nak tengok ke???

Bukan nak tunjuk apa-apa.. Plan nak buat PS ni setiap 20 hari bulan, sebab blog ni wujud pada 20 haribulan Mac 2012. Maknanya pada 20 haribulan April yang lepas, baru genap sebulan la blog ni berada di sini. Setakat hari ni, ranking blog ni di Malaysia yang ke-16520, kira ok la tu.. Hehehe… Ranking dunia tak yah tengok la.. 🙂

20120424-223031.jpg

Aku kata 16520 tu ok sebab menurut amanz.my, setakat hari ni Malaysia mempunyai lebih 250 000 orang penulis blog. Statistik tu pada bulan November 2011, kalau hari ni bertambah-tambah lagi la jumlahnya kan???

Malaysia Mempunyai Lebih 250,000 Penulis Blog

Selain pengumuman Anugerah Internet DiGi WWWOW, pihak penganjur juga turut berkongsi salah satu perkara menarik bersama hadirin semalam, iaitu jumlah para penulis blog di Malaysia yang kini telah melangkaui angka 250,000 orang, memperlihatkan kekukuhan industri blog tanahair.

Sebelum ini, Nuffnang sendiri telah mengeluarkan statistik mereka mengatakan mempunyai lebih daripada 170,000 blog berdaftar dibawah mereka, selain Advertlets dengan 60,000 orang blogger berdaftar dibawah mereka. Beberapa komuniti blogger tempatan juga mempunyai ribuan orang berdaftar dibawah mereka, termasuk GengBlogger yang mempunyai angka keahlian melangkaui lebih daripada 20,000 orang.

Mungkin dengan ramai lagi yang kini beralih kepada media elektronik, dan kadar tembusan internet yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kita akan dapat melihat pertambahan penulis blog tempatan dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber: amanz.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN