Harapkan pegar, pegar makan padi

Lepas habis Maharaja Lawak Mega, Astro sekarang buat satu program lawak baru iaitu Skool Of Lawak. Best gak layan Skool Of Lawak ni, kena plak pengacara dia gandingan Johan dengan Jep Sepahtu. Malam ni tertengok sesi kelas diorang.. Bagus juga Sabri Yunus ni, beliau membangkitkan tentang kesalahan dalam peribahasa… (Belum disahkan salah oleh DBP)

Yang sempat aku dengar tadi peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” sebenarnya ialah “harapkan pegar, pegar makan padi”…

Memang dari dulu kita gunakan peribahasa tu sebagai “pagar”… Menurut beliau… Sebenarnya, mana ada orang pasang pagar di sawah padi. Jadi macam mana boleh timbul pagar makan padi?? Menurut DBP, pegar ialah sejenis burung… Jadi memang sesuai pegar boleh digunakan disitu

Ni yang aku dapat dari Kamus Online Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. Cikgu Abu Cikgu Abu
    August 25, 2016    

    Peribahasa asal tu tidak salah. Yang salah ialah manusia yang terus mempertikaikan sesuatu tanpa guna ilmu. Peribahasa bukan dicipta menggunakan bahasa biasa tetapi melalui gaya bahasa dan salah satunya ialah gaya bahasa personifikasi atau unsur perorangan. “Pagar” diberi sifat seperti orang , sama seperti peribahasa “perigi mencari timba”, “sokong membawa rebah”, “telunjuk mencucuk mata”. Pagar bermaksud unsur kawalan. Burung Pegar pula tidak pernah dijadikan pengawal padi. Jadi, jangan sewenang-wenangnya mengubah peribahasa Melayu yang ada kerana penciptaannya bukan semberono.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN