Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional

cordyceps

Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional.

Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah berpandangan bahawa pada asalnya semua kejadian Allah SWT mempunyai manfaat dan harus penggunaannya. Tiada yang diharamkan melainkan terdapat nas yang sahih dan jelas menerangkan tentang pengharamannya. Ulat dikategorikan sebagai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir dan para fuqaha berpandangan bahawa binatang yang tidak mempunyai darah mengalir adalah bersifat tidak menajiskan sepertimana hadis Nabi SAW mengenai lalat yang bermaksud:
“Apabila jatuh lalat dalam minuman seseorang kamu, maka tenggelamkannya dahulu sebelum membuangnya, sesungguhnya pada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada satu lagi ada ubatnya”.
2. Muzakarah menjelaskan bahawa cordyceps adalah sejenis kulat dan semua jenis cordyceps adalah bersifat endoparasitoids iaitu menumpang kepada perumah lain, antaranya pada serangga seperti ulat dan bahan dari larva ulat akan diserap sebagai makanan. Ulat yang merupakan perumah tersebut akan mati akibat daripada proses ini dan bahagian yang tumbuh keluar daripada ulat ini akan digunakan dan spesis cordyceps yang paling baik ialah Cordyceps Sinensis. Cordyceps Sinensis yang asli amat sukar diperolehi dan hanya boleh ditemui di tanah tinggi pergunungan Himalaya. Terdapat dua (2) jenis Cordyceps Sinensis pada masa ini iaitu Cordyceps Sinensis asli yang mahal dan sukar diperolehi dan Cordyceps Sinensis yang dihasilkan melalui proses makmal.
3. Sehubungan itu berdasarkan proses-proses penghasilan Cordyceps Sinensis samada secara semulajadi atau melalui proses makmal, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan Cordyceps Sinensis dalam proses pembuatan ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharuskan kerana Cordyceps Sinensis asli terhasil daripada bahan yang tidak menajiskan, manakala Cordyceps Sinensis yang terhasil melalui proses makmal juga hanya menggunakan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan sebagai medium pembiakan.
4. Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan Cordyseps Sinensis secara makmal tersebut menggunakan bahan-bahan yang diharamkan sebagai medium pembiakan, maka penggunaannya dalam proses pembuatan apa jua produk samada ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharamkan.cordyceps in islam

Sumber: Jakim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN