Info dan gambar palsu tentang tragedi di Mesir

Info ni aku copy paste dari FB MesirKini. Dah banyak kali tengok orang share gambar-gambar ni dan ada yang tegur kebanyakan gambar tu adalah palsu. Bukan berlaku di Mesir, tetapi berlaku di negara lain di seluruh dunia. Sebab tu aku sendiri tak suka sangat share info tentang mesir ni, sebab tak tahu sumber tu dari mana dan betul @ salah.

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al Maidah:8]

Menjadi sikap individu Muslim untuk menerima serta menyampaikan berita yang benar.

Berikut adalah gambar yang telah menjadi viral di medan sosial tetapi sebenarnya adalah PALSU/BUKAN TRAGEDI SEBENAR di Mesir berkaitan dengan isu kekejaman Rejim As Sisi. Kami paparkan agar tidak timbul kekeliruan kepada masyarakat. Ini bukanlah bermakna kita merestui perbuatan kejam eneral Abdul Fattah As Sisi, namun biarlah berita yang disebarkan itu benar.

Walaupun gambar-gambar tersebut berlaku ditempat yang berbeza, isu ummah dan nilai kemanusiaan perlu untuk diberi perhatian kerana keprihatinan terhadap nyawa dan maslahah manusia merupakan sebahagian ciri Muslim bertaqwa.

Sebar-sebarkan.

‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

SUMBER: MESIRKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN