Instagram melancarkan perisian baru khas untuk pengguna mereka

Instagram adalah satu lagi media sosial yang mempunyai jumlah pengguna yang tinggi sejak dilancarkan pada Oktober 2010. Jumlah pengguna Instagram kini sudah lebih 300 juta pengguna aktif dan semakin bertambah dari hari ke hari. Instagram bukan sahaja digunakan sebagai media sosial, malah sudah mula dijadikan platform perniagaan oleh ramai peniaga di seluruh dunia.

Setiap hari, pengguna instagram berkongsikan lebih 70 juta gambar dan video di media sosial tersebut.

Yang terbaru, Instagram melancarkan perisian baru yang dinamakan “ layout From Instagram”. Perisian baru ini memudahkan pengguna menghasilkan gambar kolaj atau menggabungkan beberapa gambar untuk menjadi sekeping gambar. Ini kerana trend pengguna yang suka memuat-naik gambar berbentuk kolaj semakin mendapat perhatian. 1 daripada 5 pengguna akan menghasilkan gambar kolaj sebelum memuat-naik gambar mereka di instagram.

Tetapi, buat masa ini ‘layout from instagram’ hanya boleh didapati oleh pengguna iOS di Apple store. Pengguna Android terpaksa menunggu beberapa bulan lagi untuk mencuba perisian ‘layout from instagram’ ini.

instagram baru layout from instagram ios layout from instagram layout instagram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN