Isi data saringan khas LINUS tahun 3

Sekarang semua guru subjek Matematik dan Bahasa Melayu tahun 3 sibuk mengisi data Saringan Khas Linus Tahun 3 yang telah dijalankan pada minggu lepas di semua sekolah di seluruh Malaysia. kalau nak isi di waktu pejabat, berjanggut la jawabnya.. Nak login pun dah ambil masa dekat 5 minit. Belum nak masuk ke dalam sistem lagi… nak tekan tu lagi… nak tekan ni lagi..

Yang sanggup berjaga malam pun ada sebab nak mengelak dari kes-kes macam ni. Tu belum kes tengah isi, nak save… tiba-tiba plak “server not found…” ni baru nak log in dah jadi macam ni…

Kalau dah isi.. tiba-tiba jadi macam ni??? tak ke kena tekanan darah tinggi???

Bukan tak nak buat kerja.. nak buat… dah jadi kewajipan kan??? tapi kalau jadi macam ni??? camana nak buat??

Tapi nasib baik tarikh tutup pengisian markah ni lambat lagi… Cikgu-cikgu boleh isi bermula 16 April 2012 hingga 27 April 2012. Jadi ada masa lagi… Esok masih ada… kita cuba malam ni plak… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Mal... Saya disini mewakili ratusan ribu guru di Malaysia ingin memohon jasa dan kudrat dari pihak kerajaan khususnya bahagian pendidikan agar berlapang dada dengan aduan ini. Sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik. Pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam membentuk [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN