Selalu kalau sebut jailbreak, kita mesti terfikir iphone, ipad dan apa-apa barang cap epal kan??? Tapi sebenarnya bukan gadget apple je boleh jailbreak. Gadget samsung yang guna sistem android pun boleh jailbreak jugak.
Kalau yang tak tahu apa tu jailbreak, senang je. Bahasa mudahnya, semua application atau software yang sepatutnya kena bayar, kita boleh download percuma je. kalau pergi kat kedai, siap la kena ketuk ngan tokey kedai. Padahal kerjanya senang yang amat 🙂
Setakat ni, aku dah install blackmart ni kat samsung ace, galaxy s plus, galaxy sII, tab 7, tab 7 plus, tab 10.1 dan terbaru galaxy note. Semua ok, cuma kadang-kadang ada software yang tak boleh run sepenuhnya.
Mula-mula download blackmartalpha disini
Ini adalah versi lama. Tapi jangan risau. installje cam biasa, lepas tu update je software tu.
Tunggu kejap lebih kurang 10 saat
Dah siap download, install cam biasa. Tapi sebelum tu kena ubah sikit setting henfon biar jadi camni
Install cam biasa..
Tapi ingat, Blackmart dan google play tak boleh bukak pada masa yang sama. Nanti dia akan crash. Tapi blackmart crash ni perkara biasa. Lepas dia crash tu bukak je balik cam biasa.
