Jasin S2H Jamboree 2012

Kalau nak cerita penat… Memang penat… Tapi puas hati dengan Jamboree Jasin 2012 ni.. Thumbs up untuk organizer kerana berjaya menganjurkan event ni dengan jayanya.. Terbaik!!! Event ni adalah anjuran Jasin Bikerz dengan penaja utama iaitu S2H dan kerjasama pihak IPD Jasin.

Trek Jamboree ni memang menarik.. Ada 2 je bukit yang betul-betul mendaki… Yang betul-betul fit takde masalah.. Tapi yang biasa-biasa je cam aku ni.. Komfom kena tolak basikal la.. Dah nama MTB kan?? Yang lainnya biasa je.. Ada turun naik.. Tapi takde la sampai nak kena tolak basikal manjang.. Memang boleh layan la trek ni..

Check point pun tip top.. Air memang lebih dari mencukupi.. Yang bestnya, di check point ketiga.. Siap ada tembikai.. Dah macam gi kenduri pulak.. Terbaik la.. Biasa dapat makan pisang je.. Tapi kali ni tembikai.. Fuh.. Bayangkan tengah panas- panas dapat tembikai.. Pehh..

Yang paling best kat jamboree ni.. Salah seorang dari group kami, iaitu Khai memenangi cabutan bertuah utama iaitu sebuah MTB Cannodale Lefty.. Memang jeles la tengok… Fork mono tu… diorang cakap basikal ni berharga RM 10 000.. Fuhh.. Lagi jeles aku dengar.. Tapi takpa.. Rezeki masing-masing… Esok lusa rezeki aku plak… 🙂 Hari ni aku bertuah jugak.. dapat la meter cat eye velo 7 yang atas tu ha… Alhamdulillah.. bertuah jugak..

Dah tak tau nak cerita apa.. Penat sangat.. esok kena berkhidmat untuk negara pulak 🙂 Kalau nak tengok gambar, SILA klik sini

Gambar oleh Jasin Bikerz

Starting Point

Bukit Langsat – Downhill 1

Bukit Langsat – Downhill 2

Bukit Langsat – Downhill 3

Bukit Langsat – Downhill 4

 

Gambar oleh Cycling Malaysia Magazine

Jasin S2H Jamboree 29042012 (part 1)

Jasin S2H Jamboree 29042012 (part 2)

Jasin S2H Jamboree 29042012 (part 3)

 

Ganbar oleh Shahnor Samsudin

29/04/2012. Jasin S2h Jamboree 2012 – Check In

29/04/2012. Jasin S2h Jamboree 2012 – Starting

Jasin S2H Jamboree 2012 – On The Track

29/04/2012 – Jasin S2H Jamboree 2012 – @Golden Valley

 

Video oleh Astro Awani… tapi captured by phone… huhuhu.. ok la dari takde.. 🙂

Video oleh Jasin Bikerz.. Road to offroad…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. zalix zalix
    May 3, 2012    

    tahniah bro..terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda..

    • wandin wandin
      May 3, 2012    

      tahniah buat semua terutama pihak penganjur..

No Pings Yet

  1. Que dan Linda Sambut anak kedua | ceritawan.com on April 30, 2012 at 11:38 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN