Julat Markah Untuk Gred Sekolah Rendah dan Menengah mulai 2015

Julat gred 2015Terdapat perubahan besar dalam julat markah yang telah disiarkan di web SAPS. Pemarkahan baru ini sudah mula digunakan disekolah berpandukan sistem SAPS tersebut.

Walau bagaimanapun, julat markah bagi tahun 6/ 2015 masih menggunakan julat markah yang lama kerana tahun 6 / 2015 masih menggunakan kurikulum KBSR.

GRED UNTUK SEKOLAH RENDAH

Untuk Darjah 6, julat gred yang lama masih digunakan: (Murid KBSR)
80  – 100 = A
60 – 79 = B
40 – 59 = C
20 – 39 = D
01 – 19 = E
00 = TH

Untuk Darjah 4 dan Darjah 5, berikut ialah julat gred yang baru: (Murid KSSR)
85 – 100 = A
70 – 84 = B
60 – 69 = C
50 – 59 = D
40 – 49 = E
01 – 39 = F
00 = TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

Bagi sekolah menengah, julat pemarkahan dibahagikan kepada 2 iaitu Gred Menengah Rendah (tingkatan 1-3) dan Gred Menengah Atas (tingkatan 4 & 5)

 

GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1 HINGGA 3)

85 – 100 = A
70 – 84  = B
60 – 69  = C
50 – 59  = D
40 – 49  = E
01 – 39  = F
00 =  TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.

GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5)

90 – 100 = A+
80 – 89 = A
70 – 79 = A-
65 – 69 = B+
60 – 64 = B
55 – 59 = C+
50 – 54 = C
45 – 49 = D
40 – 44 = E
01 – 39 = G
00 – 00 = TH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN