Kayuhan Jamboree Basikal Senawang

image

Hari ni 31 Mac 2012, aku dan rakan-rakan dari team gp1adventure sekali lagi join jamboree basikal. sebelum ni acara ini dipanggil Kayuhan Radio Amatur, tapi entah mengapa kemudiannya ditukar nama ke Kayuhan Jamboree Basikal Senawang. Memang best dan treknya boleh tahan mencabar.

Ada tempat kena lintas anak sungai, ada tempat kena pikul basikal dan dah semestinya banyak tempat kena tolak basikal 🙂 . Dah nama pun jamboree MTB. MTB tu kalau dalam bahasa inggerisnya ‘Mountain Bike’ atau dalam bahasa melayunya ‘Mari Tolak Basikal’ 🙂

Jamboree kali ni jugak merupakan jamboree paling berjaya setakat ni, bukan sebab ada geng yang menang, tapi kali ni kami dapat memenangi banyak cabutan bertuah. Dan yang paling penting, salah sorang dari kami berjaya bawak balik cabutan bertuah ‘grand prize’ iaitu sebuah basikal. Bangga la jugak walaupun bukan aku yang menang… Tak sempat ambik gambar tadi sebab batri henpon cabuk ni dah kong..

Terima kasih diucapkan kpd penganjur, para marshal dan tidak lupa seorang brother yang banyak membantu kami dalam jamboree ni. Kami antara orang terakhir sebab salah seorang dari kami tertinggal dan sesat. Nasib baik ada brother ni yang sudi menunjukkan kami trek seterusnya dapat mengejar kembali yang lain-lain..
image

Kalau nak tengok gambo-gambo sepanjang jamboree ni, klik sini. (gambar masa start tak boleh ambik sebab hujan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN