Memang gambar boleh memberi 1000 makna, 1000 cerita.. Tetapi adakalanya, baik selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membuat andaian dan kesimpulan sendiri. Terutama yang melibatkan kepentingan orang lain..
Hari ni, gambar satu kemalangan yang melibatkan Proton Preve tersebar di internet terutamanya di facebook, ramai yang duk mengutuk dan membuat kesimpulan yang Proton Preve sama seperti kereta proton yang lain.. Aku tak kata kereta proton ni tak bagus, malah aku pun tak kata kereta proton ni bagus.. Dah lama tak pakai kereta proton ni… Tak mampu..
Ini cerita sebenar tentang kemalangan tersebut
Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.
sumber gambar : forum.lowyat.net & forum.lowyat.net/topic/2315001
Sila sebarkan maklumat ini!!! Terima kasih.
Sumber : Klik sini









