Kalau tak buat salah, kenapa nak takut dengan hudud???

hududTahniah kerajaan Kelantan kerana telah berjaya meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud. Alhamdulillah setelah berpuluh tahun menjuangkan pelaksanaannya, Negeri Kelantan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakannya di Malaysia.

Hudud adalah undang-undang islam dan hanya akan dikuatkuasakan kepada orang islam. jadi, yang bukan beragama islam kenapa takut??? Mereka takut mungkin kerana mereka tidak faham apa sebenarnya hudud ini. Jadi menjadi tugas dan tanggungjawab kita terutamanya pihak kerajaan untuk memberi info tentang hudud kepada mereka. Buat macam iklan GST, siang malam ada kat TV, ada kat Radio.. Buat roadshow ke seluruh Malaysia untuk memberi penerangan tentang hudud.

Yang non-muslim dah tentu tiada islam, tiada iman dalam diri. Yang jadi masalahnya, ada juga segelintir manusia yang mengaku islam tetapi sanggup menghina, menolak hukum hudud ni untuk dilaksanakan. Astaghfirullahalazim… SIAPA KITA untuk menolak hukum Allah ini?

Tentu ramai yang sudah melihat video seorang wanita islam yang bernama Aishah Tajudin dimuat-naik di youtube.

Antara dialognya dalam video tu:

“Eh? Sejak bila ni? Oh Kelantan, terlupa…”

“Finally mimpi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma. Tetapi untuk orang yang bukan Kelantan macam saya ni, musykil jugalah.

“Banyak pindaan dia. Lepas itu, boleh pula Menteri Besar Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini tak beriman?

“Okaylah okaylah.. korang ini dah berta#hun bising pasal hudud. I pun dah malaslah nak kupas. Tapi ada satu I nak tanya, apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan?

“Tiga bulan dah mereka masih tak ada rumah dan bukan itu saja tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, (video) 3GP bersepah.

“Agama digunakan untuk mengabu#ri mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi dan pentadbiran. Samalah macam isu negara ini, orang gaduh pasal bangsa, agama, tetapi ekonomi negara merosot. Lepas itu hutang kita meningkat.

“Bila sampai masanya, tak tahulah hudud itu boleh isi periuk nasi kita. Hmm tepuk dada tanya seleralah..” demikian dialog rakaman video yang diucapkan oleh Aisyah.

Akibatnya, dia dikutuk dengan hebat dilaman sosial sehingga akaun twitter dan instagramnya sudah pun ditutup.

Tak perlulah kita sama-sama mengutuk dan mencaci dia. Dapat apa??? Cukuplah dengan mendoakannya agar diberikan hidayah oleh Allah untuk memahami Hudud.. memahami Islam yang sebenar. Bukan hanya berpuasa di bulan Ramadhan… Solat hanya jika ada masa lapang.. Semoga Aishah Tajudin segera bertaubat sementara nyawa masih dikandung badan.

Ini pula jawapan balas daripada PU Rahmat kepada Aisyah Tajuddin.

Berikut  beberapa doa dari al-Quran dan hadis Nabi saw yang mesti dihafal oleh setiap mukmin agar sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah dan agar tidak dicabut iman dalam diri.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari isi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi kurnia.” (Surah Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Artinya: “Wahai zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

 

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Doa disalin dari BLOG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN