Keperluan untuk memancing Kelah di Taman Negara

Mengikut perancangan, bulan 5 ni kami akan memancing pula di Sungai Keniam, Kuala Tahan. Tempat ni boleh dikatakan lubuk kelah dan bagi yang nak merasa bawak naik kelah, boleh la pergi ke sini. Nak pergi ke tempat macam ni, persiapan rapi sangat perlu. nasib baik trip ni diuruskan oleh yang biasa dengan tempat ni. Ni antara keperluan yang perlu dibawa nanti.

  • Barang peralatan dapur seperti dapur, gas, periuk belanga disediakan oleh boatman
  • Tukang masak tiada (masak sendiri)
  • Barang basah kena beli
  • Mata kali Daichi 16, mastard size terpulang (jenis hitam kalau putih ikan takut kat sini)
  • Umpan kelapa sawit,ubi kayu, atau lain2 bawa sendiri
  • Boatman Cuma sediakan 2 guni gula kelapa sawit
  • Khemah bawa sendiri
  • Parang bawa sendiri ( panjang dalam 2 kaki bukan nak pergi potong orang macam  fatah punya.. hahaahaha..)
  • Sleeping bag perlu sebab malam sejuk embun turun macam air hujan kalau kabus tebal
  • Kasut getah kalau ada macam kasut getah orang pergi menoreh getah, harga rm5 saja
  • Tali pancing kalau boleh biar kasar sikit 25 paun keatas tapi jangan 40 paun keatas, bukan nak pancing gajah
  • batu jenis penabur yang kecil (rendam dulu biar hitam jangan kilat ikan takut)
  • Kelip pun hitam
  • rod terpulang besar ke kecil
  • List barang yang di bawa masuk ke sg keniam spt plastik ,baju, seluar dalam, botol air etc
  • Plastik sampah hitam yang besar bawa sekali sebab barang2 yang hendak di buang kena bawa balik untuk diperiksa
  • Kalau boleh semua peralatan seperti baju etc masuk kan dalam kotak plastik supaya tak basah dan senang
  • Bawa tong coleman/rubber maid (isi ais siap2) ais boleh di beli semasa pulang, di sana. Cuma pagi kedai tak buka
  • Kad pengenalan perlu sebab permit dikeluarkan kena tengok ic jangan lupa penting
  • Pakaian semasa pancing pakai lah yang gelap2 jangan terang2 sebab ikan takut

Ni pula antara gambar trip memancing ke Sungai Keniam yang lalu. Klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. rafizal rafizal
    June 26, 2013    

    kalau nak g sana pakej nya brape rm bos

    • che li che li
      February 23, 2016    

      1500 satu bot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN