Khalwat 2 kali dalam dalam 10 jam..

image

Apa nak jadi ngan budak-budak zaman sekarang.. Tak takut tuhan langsung.. Ginila jadinya kalau kurangnya didikan agama.. Bukan sekali kena tangkap… 2 kali dalam masa 10 jam tu.. Tapi sebenarnya bukan silap mereka ini sepenuhnya… Banyak pihak yang perlu dipertanggungjawabkan dalam masalah ini.. Kita sebagai ibu- bapa juga perlu mengambil peranan untuk mengekang gejala sebegini dari terus berlaku..

Malam buat maksiat di rumah sewa, pagi dicekup lagi di motel

JITRA: Tidak serik – itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN