Kongsikan kisah ini kepada perokok.. Mereka akan insaf jika sayangkan Nabi Muhammad SAW

kisah perokok

“Suatu Kisah Penghijrahan ”

Sebak didlm dada..air mata mengalir laju bagai tak mampu lagi disekat2.. Berkongsi kisah hijrah hidup yg paling besar dalam diri ini dgn insan yg paling dihormati selain ummi dan abah..iaitu Sang Murabbi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Merokok seawal usia 8 tahun..drpd suka-suka kerana meniru gaya orang dewasa..Rokok berjenama 555, Perilly’s,Camel softpack, Benson & Hedges, Lucky Strike, Salem, Marlboro, Dunhill, Gudang Garam..dan lain2 jenama..boleh dikatakan sudah habis dijamah oleh bibir kotor ini.. tabiat buruk ini menjadi sebati di dlm diri tanpa pengetahuan keluarga..sudah beberapa kali cubaan utk berhenti tetapi gagal lantaran pendinding diri yg tidak cukup kuat utk menahan godaan hawa nafsu utk tetap menghisap dan terus menghisap..nasihat orang sekeliling bagaikan seperti mencurahkan air diatas dedaun keladi..mengalir jatuh begitu sahaja..

Namun, siapa sangka..hidayah ini tiba saat usia sudah menjengah 32 tahun…ketika kali pertama menjejakkan kaki di bumi anbiya’.. bumi syam.. iaitu Palestine..tanah yg paling subur di atas muka bumi…pada penghujung tahun 2012..di dalam Misi Kemanusiaan Solidariti Gaza.. saya ceritakan didlm keadaan sebak kpd Tok Guru..bagaimana hati sy disentuh dgn satu teguran yg bisa menyedarkan tidur saya yg lena sekian lama…

kisah penghijrahan ini bermula..apabila sy bertegur sapa dengan salah seorang anggota mujahidin dr Briged Al-Qassam..salam diberi..berjabat tangan..lantas menyatakan keprihatinan kami tentang nasib bumi Gaza dan penduduk2 nya..airmatanya jernih..lembut tetapi tegas..bahasa pertuturan di susun satu bait demi satu bait..akhlak seorang pejuang Tentera Rasulullah..dapat dilihat ketara…saya merasakan diri sgt bertuah ketika itu kerana dapat berdamping dan melihat secara dekat dgn Tentera2 hebat yg membawa panji2 Rasulullah ini..

Namun, ketika sy berbicara bersama mujahidin ini, saya perhatikan kpd tindak tanduknya..seperti ada sesuatu yg agak sukar utk beliau luahkan kpd saya..

lantas sy menegurnya..”wahai abu razak..apakah yg telah menggusarkan hati kamu…?”

“maafkan aku..andai aku ingin menegurmu dan mahukan sedikit kepastian”

“tentang apa wahai saudaraku..katakanlah..aku bisa mendengarnya…”

beliau diam seribu bahasa…seperti ada sesuatu yg agak susah utk diluahkan..barangkali takut hati aku terguris dgn soalan2 yg bakal ditanya.. selang bberapa minit..satu soalan yg diluar jangka akhirnya keluar drpd mujahidin al-qassam ini..

“Maafkan aku duhai saudaraku..Aku lihat pada raut wajah dan bibirmu.. adakah kamu merokok?”

saya menjawab.. “ketika dibumi Gaza belum hisap lagi..tp semasa di Malaysia ada hisap..paling akhir ketika transit di Dubai..”

“kenapa kamu bertanyakan soalan tersebut wahai Abu Razak ? ”

beliau diam lagi..selepas menarik nafas sedalamnya..beliau perhatikan ke dalam anak mata saya dan bertanyakan bbrp soalan cepu emas yg telah berjaya menggoncangkan hati sy yg telah lama hitam dek kerana terlalu banyak dosa…terutamanya mnghisap benda yg Haram ini..

“Kamu sayangkah Rasulullah..?? ”

saya lantas menjawab dgn agak tegas.. ” ehh..mesti lah sayang! mana mungkin tak sayang?!! Rasulullah kan nabi kita…!”

kemudian..dengan lembut beliau memegang bahu saya.. dan menyatakan..

“Rasulullah tak suka kpd bau2an yg busuk..Rasulullah tak suka umatnya membazir…Rasulullah tak suka umatnya merosakkan diri sendiri dan orang lain..merokok ini sudah jelas hukumnya Haram..krn terlalu banyak keburukan padanya..”

” Agak2 kamu..jika kamu buat apa yg Rasulullah tak suka umatnya buat.. Rasulullah akan sayang kpd kamu tak? ramai dikalangan umat islam sekarang..hanya dibibir shj menyatakan sayang kpd Rasulullah.. tetapi perbuatan dan kelakuan mereka setiap hari tidak seperti yg dikatakan.. jika sayang Rasulullah..buat yg Rasulullah suruh..tinggalkan segera yg Rasulullah larang..itu baru lah dikatakan cinta kpd Rasulullah…”

luluh hati..gedebuk! lutut terasa lembik..sudah tak mampu lagi untuk berdiri..air mata lantas mengalir laju..kata2 ini bisanya lebih tajam drpd mata pedang..sy lantas dipeluk oleh mujahidin tersebut..

saya terus menangis dan menangis..sambil menyatakan kekesalan..

“Ya Allah..aku byk berdosa kpd Mu Ya Allah..ampun kan aku…Ya Allah.!! Ya Rasulullah, aku juga byk berdusta kpd mu Ya Rasulullah..maafkan aku Ya Rasulullah.. maafkan aku…..! ”

lantas..abu razak menepuk bahu aku seraya berkata..

“Alhamdulillah,..Allah telah membuka hatimu..”

dan beliau berkata lagi..

“duhai sahabatku..bumi Gaza ini adalah amanah dr Allah utk kami rakyat gaza dan seluruh umat Islam utk mempertahankannya sehingga kiamat..
Jihad kita semua disini..di bumi Syam.. namun..jika seluruh umat Islam masih lalai dan asyik dgn hasutan syaitan..masih belum sedar dgn fitnah dunia.. maka tunggulah kehancuran umat di zaman ini..”

“kamu balik lah ke Malaysia..tegakkan Islam disetiap hati dikalangan kamu disana..insyaAllah Islam akan tertegak diseluruh dunia…akan sampai satu ketika nanti..rezeki kamu barangkali disini..berjihad bersama kami.. kami akan doakan kesejahteraan kamu semua..”

begitulah hebatnya akhlak para pejuang Islam ini…akhlak Nabi Muhammad S.A.W mereka ikut satu persatu…kisah ini saya ceritakan kpd Tok Guru Nik Abdul Aziz dlm keadaan sebak..saya cuba utk menahan air mata drpd mengalir keluar..namun tidak terdaya…Tok Guru memujuk saya dan memberi bbrp kata2 nasihat dan mmbacakan doa utk saya..agar diberi kekuatan oleh Allah utk sy mmperjuangkan Islam dan memikul amanah ini..

kata tok guru…” anak muda kena kuat..jgn menangis..tetapi.. andai tangisan ini bisa menguatkan iman kamu..maka tangislah sepuas2nya..
tabahkan hati..cekalkan iman..anak2 muda seperti kamu harus terus memartabatkan Islam di atas muka bumi Allah ini..pemuda-pemudi nih adalah tiang agama..runtuh moral runtuh akhlak.. maka runtuhlah agama pada generasi tersebut..pertahankan..jgnsesekali berundur dan jgn sesekali berdiam diri didlm perjuangan dakwah2 Islam…”

Terima Kasih Tok Guru…

andai kisah ini..kisah diri saya sdiri..insan yg sgt lemah dan hina.. boleh di ambil iktibar buat sahabat2 semua..ambil lah…hentikan lah segera drpd melakukan perkara2 yg haram..mendedahkan aurat..fitnah..tidak solat dan termasuk juga tabiat buruk menghisap rokok ini..Janganlah kamu sengaja meletakkan diri kamu semua wahai sahabat2 ku dilembah yg hina.. dan bagaimana mungkin drpd mulut yg busuk ini tidak segan dan malu utk tiap kali berdoa kpd Tuhan yg Maha Kuasa??

“Jangan menunggu sehingga ajal menjemput tiba..baru terasa diri nak kembali beriman kpd yg Esa..ada satu masa yg langsung tiada manfaat pada ketika itu..iaitu..saat malaikat maut kunjung tiba…”

SYEIKH KYAIRDER SYAMZAREY HJ WAN IDRIS
22 JANUARI 2015

“Sejauh mana sayangnya kita kpd Rasulullah S.A.W?? adakah sekadar hnya dibibir shj?? ”

“Jangan Gusar Hati Kerana Kita Telah Banyak Membuat Dosa sebelum ini.. Taubat lah kamu dengan sebenar2nya Taubat.. kerana Allah itu MAha Pengampun lagi Maha Penyayang bg hamba2Nya yg suka bertaubat.. ”

 

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN