Tahukah anda, HQ Apple terletak Cupertino, California? aku pun baru tahu ni.. Mereka menggelar HQ Apple ini sebagai Mothership. Hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalam HQ Apple ini. Maklumlah kan, segala maklumat dan inovasi terbaru ada di situ..
Kalau kita google gambar office Apple, yang keluar kebanyakannya adalah di luar pejabat Apple ataupun mana-mana office yang menggunakan produk Apple.. huhuhu… Memang susah nak jumpa gambar dalam office Apple ni sebab tempat ni memang rahsia.
Hanya ada satu sahaja tempat yang terbuka kepada orang ramai untuk masuk iaitu Apple Store di situ. Tempat itu juga merupakan satu-satunya tempat di dunia ini di mana kita boleh membeli barangan asli yang mempunyai logo Apple seperti t-shirt, topi dan beberapa barangan lain. Mereka juga menjual iPod dan banyak lagi produk Apple di situ..
