Label baru gula???

image

Mulai hari ni, gula akan naik harga sebab kerajaan kesayangan kita telah menghapuskan subsidi gula sebanyak 34sen. Sebelum ni, harga gula ialah RM2.50 sekilogram, maknanya mulai hari ni, harga gula ialah RM2.35… masih murah lagi jika nak dibandingkan dengan harga negara-negara lain. 🙂

Kerajaan menghapuskan subsidi gula ni sebab rakyat malaysia ramai yang menghidap diabetes atau pun kencing manis. Syabas kerajaan Malaysia kerana telah berjaya menjumpai kaedah untuk mengelakkan diabetes. .. 🙂

Maka, selepas ini rakyat Malaysia tidak akan menghidap kencing manis lagi… 🙂

Jangan lupa menaikkan harga garam juga sebab rakyat Malaysia ramai juga yang menghidap darah tinggi…

Jangan lupa menaikkan harga kereta juga sebab ramai rakyat Malaysia mati disebabkan sakit jantung. Kalau harga kereta naik, semua rakyat Malaysia akan pergi kerja naik basikal, jalan kaki, jogging… jadi selepas ini, bilangan rakyat Malaysia yang sakit jantung akan berkurang…

Jangan lupa naikkan juga harga ayam, daging, ikan, beras dan semua makanan sebab rakyat Malaysia ramai yang obesiti… jadi kalau harga makanan mahal, rakyat Malaysia akan mengurangkan makan… mungkin sekali sehari sahaja…

Banyak lagi barang kena naik ni demi kesejahteraan kita bersama..

Akhir kata… jom kita nyanyi lagu
” beribu-ribu taniyaaa…. beribu-ribu taniyaaaa….” korang sambung sendiri la sebab lagu ni memang hit di youtube sejak bulan Mei haritu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN