Lakukan sendiri urusan JPJ tanpa menggunakan runner

mysikapDengan menggunakan MySikap, pengguna kini boleh melakukan urusan JPJ secara atas talian tanpa menggunakan khidmat orang tengah ataupun “runner”. Orang tengah biasanya mengenakan caj yang tinggi dan melampau kepada pengguna untuk setiap urusan yang dikehendaki. Menggunakan ID Orang Awam, banyak urusan boleh dilakukan dengan senang dan mudah. Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan menggunakan MySikap ialah:

Bagi kenderaan saya

  1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
  2. Semakan mengenai tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM).
  3. Permohonan Pek Maklumat Kenderaan.
  4. Permohonan bagi pengisytiharan kenderaan tidak beroperasi.
  5. Permohonan mengguna semula nombor pendaftaran Hilang / Curi.
  6. Permohonan mengguna semula pendaftaran “total loss”.
  7. Permohonan bagi mendapatkan status kenderaan klasik / vintaj.
  8. Permohonan penukaran atau pembaikan struktur panel kenderaan kerana kemalangan.
  9. permohonan Lampu Mata Arah (Beacon Light).
  10. Permohonan pengubahsuaian kenderaan.

Bagi Lesen Memandu Saya

  1. Permohonan mendapatkan Permit Memandu Antarabangsa (IDP).
  2. Permohonan mendapatkan Pengesahan Lesen Memandu.
  3. Semakan Keputusan Pertukaran Lesen Memandu Asing.
  4. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional / Praktikal.
  5. Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu / Sekolah Memandu.
  6. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu.
  7. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh.
  8. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara ( bukan autimatik).
  9. Semakan tempoh Permit Institut Memandu (PIM) / Sekolah Memandu (SM).

Bagi Kesalahan Lalu-lintas Saya

  1. Semakan Saman.
  2. Semakan Senarai HItam.

Cara-Cara Memohon ID mySIKAP

  • Hadirkan diri di kaunter JPJ berhampiran bagi membuat permohonan dan pengesahan identiti.
  • Layari www.jpj.gov.my. Daftar masuk kali pertama dan masukkan nombor rujukan pendaftaran yang diberikan.
  • Ikuti semua langkah bagi mengaktifkan akaun anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN