Legoland akan dibuka di Iskandar, Johor

image

Taman Tema Lego atau akan dikenali sebagai Iskandar Legoland akan dibuka di Iskandar, Johor. Taman tema lego ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia. Mengikut perancangan, ia akan dibuka pada 15 September 2012. Seramai 1 juta orang dijangka melawat taman ini yang seluas 76 ekar pada tahun pertama.

Taman ini telah 75% siap dengan kemudahan seperti roller-coaster, kereta lumba dan banyak lagi tarikan yang lain..

Menurut Siegfried Boerst, iaitu Pengurus Besar Legoland Malaysia, pemasangan lebih 50 juta bongkah  model Lego akan dilakukan pada bulan Mei. Apabila siap, Legoland Malaysia akan menjadi salah satu dari 6 taman seumpamanya di dunia seperti di Denmark, Britain, California, Florida dan German.

Hotel Legoland juga akan dibuka di  Malaysia pada  tahun 2014 menjadikan ia sebagai Hotel Legoland keempat di dunia juga yang pertama di Asia. Kerja-kerja menyiapkan hotel ini telah pun dimulakan..
image
image

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN