Lelaki amuk di Putrajaya adalah blogger

20120710-131622.jpg

Lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri semalam rupa-rupanya adalah seorang blogger. Penyerang tersebut menggunakan nama Jaya Negara. Kalau baca blog tu, memang jenuh nak faham. Macam-macam ada..

Arwah telah lama berniat untuk melakukan perkara berkenaan berdasarkan mesej-mesej di blog beliau. Ni pula mesej yang ditulis di FB beliau yang menggunakan nama Khalil Afandi >> https://www.facebook.com/khalil.afandi.1

20120711-092554.jpg

Antara petikan post di blognya

HIDUP DAN MATI……. apa yang dipertaruhkan.
Pada satu masa disemua sudut dunia…. terlalu ramai manusia SiDOL sedang mengamati dengan yakin.. Itu di sana tu ada seorang lelaki India yang aku pasti…… malah benar-benar pasti dia berugama Hindu. Percaya atau tidak? Dol berkata…. “aku belum tanya dan aku tak kenalpun silelaki ini. Tapi boleh yakin”…. Hebat tak aku kata Dol! Hebatkan…
Disusuli “booo…. booo….” dari rakan siDol. Tak hebat pun….. boo boo.. budak kecik pun tahu

Tidak hairankah kamu tanpa mengenalinya pun aku sudah tahu apa bangsa dan Ugamanya. Lelaki berkulit hitam berbaju putih ini yang kamu sedang lihat ini telah ku pastikan dengan penuh kepastian…. dia mesti Hindu. Kalau salah terkaan aku potonglah jari aku semuanya termasuk jari kaki. Ia aku berani untuk mencagarkan isteriku. Jika aku salah kamu bunuhlah Isteri kesayangan ku. Aku benar-benar sayangkan Isteriku. Demi menguji sejauh mana keyakinan aku. Aku rela isteriku dibunuh. Ada sesiapa disana mahu menyahut cabaran ku. Aku sanggup bersumpah menjunjung Alquran. Demi Allah.

Pengecut…. marilah kita bertaruh. Mari…. aku akan potong semua jari-jariku dan bunuh lah isteriku jika salah terkaan ku. Lelaki didalam gambar ini pastinya lelaki india berugama Hindu. Pasti.

Tampil seorang pemuda sudah pastinya lelaki paling yang bangang yang Allah telah lahirkan.. Cukup-cukup bodoh tiada yang lebih bodoh dari lelaki ini. Lelaki yang meyahut cabaran SiDOL pastinya bahalol son of tolol aku sahut cabaran mu wahai Dol… tapi apa ganjarannya.

Kalau betul terkaan ku. Aku cuma mahu kamu bagi aku RM5….. aku lapar dari semalam tak makan. Lapar.

Gila apa manusia ini…… apa yang dipertaruhkan. Isterinya yang tidak ada kena mengena pun dibawanya bersama. Main-main ke betul-betul ni….. biar betul. Dia ni tak kesahke kalau isteri dia mati…. kata sayang. kata cinta….. Awww. Aku terima pertaruhannya kata siDol…… tunggu dulu………………………….. nanti!

Aku Jaya Negara mahu bicara…………….. TUNGGU DULU. HIDUP INI APA YANG DIPERTARUHKAN? APA YANG KAMU UMAT ISLAM DI MALAYSIA PERTARUHKAN? APA JAWAP SOALAN AKU…… terketar-ketar demi sesuap nasi.

Dah macam PAS la pulak….. Berbaait……” Kalau ingkar janji taat setia kepada Parti. Jatuh talak “. Tak pasal-pasal isterinya terhukum. Are you crazy. Gila apa manusia.
Bukan ini yang nak aku ceritakan….pertaruhan lebih besar.

Melayari bahtera disamudera yang tenang tanpa ribut juga puting beliung impian semua Nahoda dan awak-awak. Iyakan!….”kenapa mahu ribut-ribut…. kenapa mahu bikin pusing-pusing yang pastinya memeningkan kepala”….. kata Wak Santoso Arbi dari Aceh. Ribut tak ribut…. tak pasal-pasal Aceh dilanda Tsunami. Tahun 2004 terpahat sejarah kematian manusia. Ratusan ribu jasad bergelimpangan mati terapung-apung. Laut yang damai sumber ilham penyajak serta pelukis tidak sedamai yang disangka.

Kalau nak tengok blog penyerang tersebut boleh klik sini..

Tapi yang menjadi misteri sekarang, komen-komen di blog tersebut masih boleh didelete atau diremove oleh seseorang… Mungkinkah beliau ada rakan-rakan lain yang turut membantu dalam operasi tersebut?? Biar je lah pihak polis yang menyiasat… PDRM memang terer dalam hal-hal sebegini…

20120711-094109.jpg

20120711-094136.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN