Lelaki maut ditetak depan Hospital Tampin

SEREMBAN – Seorang lelaki parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan Hospital Tampin, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Mangsa ditetak di kepala, tangan dan leher.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, individu terbabit juga dipercayai terlibat dalam dua kejadian cubaan membunuh di Taman Bukit Tampin dan di pusat mencuci kereta di Repah.

“Disebabkan dendam lama, dua lelaki cedera parah, seorang cedera ringan manakala seorang lagi maut, apabila terlibat dalam satu pertelingkahan yang berlaku di tiga lokasi berasingan di sekitar Tampin.

“Susulan kejadian ini, polis giat memburu tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tetak dan bunuh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, S Sandramogan, 35; S Vatu Malai Devar, 27 dan G Punithan, 24, diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki di Taman Bukit Tampin yang diserang menggunakan parang sehingga mendatangkan kematian.

Katanya, dalam tiga insiden berasingan, ketiga-tiga suspek ini dipercayai terlibat dalam kes tetak dan bunuh yang berlaku sekitar jam 10.30 hingga 11.30 malam.

“Bagi kejadian pertama pada 19 September kira-kira jam 10.30 malam, mangsa berumur 16 tahun didatangi 15 lelaki bermotosikal semasa berada di kawasan cuci kereta di Repah, Tampin.

“Sebaik sahaja menyedari kumpulan bermotor ini, mangsa terus melarikan diri di rumah neneknya yang berdekatan, namun sempat dipukul tiga individu yang mengejarnya dengan menggunakan topi keledar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.


Datuk Osman Salleh (tengah) menunjukkan gambar tiga suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan antara dua kumpulan di Tampin- Foto Bernama

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN