Manusia perangai binatang

Kejam!!! Memang kejam.. Walau apa pun sebab dan alasan, perkara ini tak patut berlaku. ini bukan perangai manusia.. mereka ini memang patut dipanggil binatang.. sedangkan binatang pun tahu untuk menyayanyi sesama mereka. Inikan pula anak kecil yang tak tahu apa-apa…

Adoii.. takda perasaan ke mereka ni.. siap boleh rakam gambar lagi tu.. berdenyut kepala aku tengok video ni.. stress.. bak kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der… “i am traumatised…”


Sebenarnya video ni, video lama.. Perempuan tu pun sedang menjalani hukuman sekarang.. Ni mesej oleh PDRM ni FB mereka

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN