MAS umum tawaran penerbangan sempena Merdeka

Sempena sambutan kemerdekaan ke-55, Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan ‘Merdeka Offer’ ke-55 destinasi dengan beberapa kadar tambang berakhir dengan angka 55.

20120829-080213.jpg

MAS dalam kenyataannya berkata, tawaran terhad itu berakhir pada tengah malam pada 31 Ogos 2012, bagi perjalanan mulai 2 September hingga 7 November ini. Naib Presiden Kanan Wilayah Malaysia dan Asean, Muzammil Mohamad, berkata syarikat gembira untuk mengumumkan tawaran hebat itu kepada pelanggan bagi perjalanan domestik dan antarabangsa sempena sambutan kemerdekaan.
Syarikat gembira untuk mengumumkan tawaran hebat itu kepada pelanggan bagi perjalanan domestik dan antarabangsa sempena sambutan kemerdekaan” – Muzammil Mohamad, Naib Presiden Kanan Wilayah Malaysia dan ASEAN
Kelas ekonomi

Antara tambang pergi balik kelas ekonomi yang ditawarkan adalah RM255 untuk perjalanan domestik dalam Semenanjung dan RM455 bagi tambang penerbangan terus antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Tambang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta bermula dari RM455 dan ke Phnom Penh dari RM655.

Dari KLIA

Tambang pergi balik perjalanan kelas perniagaan dari KLIA bermula dari RM1,055 ke Medan, RM1,355 ke Singapura, RM1,555 ke Bangkok, RM1,755 ke Hanoi dan RM1,955 untuk ke Phnom Penh.

Bagi perjalanan pergi balik kelas ekonomi ke destinasi terpilih bermula dari RM855 ke Hong Kong, RM1,255 ke Beijing dan RM1,455 ke Perth.

Kelas perniagaan

Kadar serupa juga ditawarkan untuk perjalanan kelas perniagaan seperti RM3,055 ke Guangzhou, Xiamen, Kunming dan Hong Kong; RM4,655 ke Seoul, Tokyo dan Osaka; RM6,555 ke Sydney, Melbourne, Brisbane dan Adelaide.

Muzammbil berkata, tawaran itu boleh didapati menerusi laman sesawang www.malaysiaairlines.com, menghubungi nombor bebas tol 1 300 88 3000, MH Buddy di akaun Facebook syarikat penerbangan itu, serta pejabat tiket dan ejen yang dilantik di seluruh negara. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN