Maut ditikam kerana Facebook

20120625-093513.jpg

Akibat sindiran di laman sosial Facebook, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam di badannya dalam satu kejadian berdekatan sebuah pusat membeli-belah di Taman Flora, di sini malam tadi.

Lebih malang, sindiran itu dikatakan bukan ditulis oleh mangsa sebaliknya oleh kenalannya.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng, 17, ditikam dengan objek tajam dipercayai pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.

Kejadian dikatakan akibat suspek tidak berpuas hati dengan sindiran ditulis seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin iaitu rakan kepada mangsa.

Pada hari kejadian, suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya pergi ke pusat membeli-belah itu untuk mencari Kelvin, namun tidak menemuinya.

Nak tau lebih lanjut, Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. 🙂

WanDin: Gurauan yang akhirnya membawa padah. Kesian pun ada, tapi nak buat camana?? Itu dah pun berlaku. Tapi sebagai pengajarannya, elakkanlah gurauan melampau walaupun dengan kawan-kawan rapat. Apa pun boleh berlaku jika tidak kena masa dan caranya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. June 25, 2012    

    jangan sesama kita pulok nak bertikam……
    jejai recently posted..Maut Gara-gara EURO 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN