Memancing di Pulau Sembilan

Kali ni aku dan beberapa rakan ke Pulau Sembilan pulak untuk memancing. 5 orang je yang boleh join… Aku, Fatah, Nik, Rahim dan Abang Sani.. Yang lain tak ikut.. Kucing nak beranak la… Nenek nak kawin la… 🙂

Pulau ni terletak bersebelahan dengan Pulau Pangkor, Perak. Tempat ni, dahulunya terkenal sebagai tempat memancing dimana ikan-ikan ‘mahal’ dan gred A berkampung.. Tapi menurut boatman, sekarang dah kurang.. Ada lagi, cuma nak dapat ikan yang betul-betul besar dan lumayan tu susah la… Tapi alhamdulillah… Kami dapat juga ikan walaupun tak banyak…

Pergi memancing ni, objektif utama mestilah nak dapat ikan kan?? Tapi sebab kedua aku ikut sebab nak release tension.. Duduk kat laut 2 hari.. Relax kepala otak.. Tenang je fikiran.. Duduk kat laut ni, kita juga dapat menghayati kebesaran tuhan… Betapa luas bumi Allah.. Betapa indah ciptaan Allah.. Betapa kerdilnya kita dengan kuasa yang dimilikiNya…

Hari pertama tak banyak ikan yang berjaya di bawak naik, cuaca tidak mengizinkan. Naik je bot, terus hujan turun. Kalau setakat hujan tu takpa la, tapi kalau sekali dengan angin yang datang, habis… Apa pun tak boleh.. Nak pergi ke Pulau Sembilan pun tak boleh… Dengan anginnya yang kuat… Ombak lagi lah… Alunannya.. Peh… Macam nak keluar isi perut.. Tapi tu semua perkara biasa.. Dah jadi adat…

Jadi, boatman pun tak berani nak pergi ke Pulau Sembilan.. Dia bawak ke sekitar Pulau Pangkor, Teluk Batik dan beberapa tempat sekitar situ.. Dapat la ikan talang, jenahak, dan beberapa jenis ikan lain..

Cuaca buruk sampai malam.. Ikan pun sikit je dapat… Campur dengan yang pening-pening plak.. Hari pertama memang menyedihkan…

Hari kedua baru la best sikit. Cuaca pun dah ok.. Dapat la cover balik hari pertama.. Kali ni, boatman bawak pergi kawasan boya, laluan kapal. Main apollo je.. Tapi kali ni memang rezeki kami.. Sekali angkat 6 ekor.. Yang bestnya main apollo ni.. Kalau sorang dapat.. Semua dapat.. Memang meriah.. Dah jadi cam kenduri pulak..

Nak tengok gambar, Klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN