Memey hamil 6 minggu

20120628-121351.jpg

SEMBILAN bulan melayari bahtera perkahwinan bersama aktor, Norman Hakim, akhirnya pelakon, Memey Suhaiza, disahkan hamil.

Setelah mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor, usia kandungan Memey kini mencecah enam minggu.

Teruja dengan berita gembira itu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 24, memberitahu, Norman adalah insan pertama yang mengetahui perkhabaran itu.

“Sebelum dapatkan pemeriksaan doktor, saya buat ujian sendiri melalui alat pengesan kehamilan.

“Ketika itu, saya belum beritahu abang (Norman) lagi kerana belum pasti. Bila beritahu abang, dia terus peluk saya dan berpesan agar menjaga kandungan dengan baik. Abang juga menghubungi pihak produksi agar memantau keadaan saya di lokasi.

“Doktor turut berpesan agar saya mengurangkan aktiviti seni kerana usia kandungan masih baru. Namun, mungkin saya akan menyiapkan dahulu kontrak yang telah ditandatangani,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Jerangkap Cinta, untuk siaran RTM.

Memey memberitahu, Norman inginkan anak lelaki. Pun begitu, dia tidak kisah mengenai jantina anaknya itu.

“Apa yang penting, kandungan saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Norman dan Memey selamat diijabkabulkan pada 24 September 2011.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim,7, dan Maria Danisha Hakim,4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN