Menteri Besar Terengganu yang baru

KUALA LUMPUR – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

“Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

“Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda,” katanya.

Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas. – Bernama

_________________________________________________________________________
YB Razif 2YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 7 November 1965. Beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir ini memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.

Jika diberi pilihan antara percutian tanah tinggi dan di tepi laut, YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman memilih percutian di tepi laut kerana ia memberikan beliau ketenangan fikiran, di samping sepanjang kehidupan beliau yang biasanya tinggal berdekatan dengan laut. Jika ada kelapangan, beliau gemar membaca buku-buku agama demi mendalamkan lagi pengetahuan beliau dalam Islam. Destinasi pilihan percutian beliau juga adalah kota-kota suci Mekah dan Madinah sekiranya diberi peluang bercuti selama sebulan. Selain daripada membaca, beliau juga gemar meluangkan masa bersama sahabat baik beliau, Encik Shamsul Bahri Ismail, dengan duduk bersembang di kedai kopi.

Selain daripada aktif mengendalikan akaun-akaun Facebook dan Twitter beliau, YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman juga mengendalikan laman blog beliau sendiri dihttp://ybrazif.blogspot.com. Beliau berpendapat dunia internet memudahkan komunikasi sesama manusia, dan beliau tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan ini dalam menyampaikan berita serta maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang beliau laksanakan. Di samping itu, beliau menganggap laman-laman media sosial sebagai landasan yang baik dan mudah untuk mengutarakan idea dan berkongsi pandangan bersama pengguna-pengguna lain.

 

Sumber: www.barisannasional.org.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN