Merdeka 55 tahun sudah..

image

Janji ditepati.. semua dah tahu itu adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan untuk tahun 2012 ni. Kalau ditengok pada tema- tema sebelum ni, tema tahun ni paling”menarik” hingga pelbagai isu timbul… dari temanya… logonya.. hinggalah lagu tema merdeka tu sendiri..

Kenapa jadi macam ni ye?? Kalau dulu, masuk bulan Ogos je, dah banyak kereta, lori, motorsikal… hatta basikal pun diletakkan Jalur Gemilang… rasa la jugak bahang sambutan hari kemerdekaan… tapi tahun ni, semua jadi hambar… sekarang jangan kata kat basikal, kat kereta pun susah nak tengok Jalur Gemilang dikibarkan… kalau nak tengok bendera banyak, pegi je ke sekolah, bangunan-bangunan kerajaan… kat situ memang banyak..

Papepun, aku memang sayangkan Malaysia yang aman ni… SAYA PILIH MALAYSIA… hehehehe.. macam pernah tengok je iklan tu kan.. macam pelik je.. dah tentu kita nak pilih Malaysia kan?? Takkan nak pilih Myanmar plak… takkan SAYA PILIH MONGOLIA… adeh… macam-macam la.. kelakar pun ada diorang… saje-saje je buat aku senyum sinis sambil menggelengkan kepala…

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-55.. “JANJI DITEPATI..”

p/s: teringat capati yang aku makan kat BRJ semalam.. sedap woo.. sampai 2 bijik aku makan….. LOL…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Tema Hari Merdeka 2012 Tema Hari Merdeka 2012. “1Malaysia  55 tahun, Janji Ditepati”(UPDATED) dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN