Minum Air Selepas Bangun Dari Tidur Baik Untuk Kesihatan

minum air setelah bangun tidur

 

Minum Air Selepas Bangun Dari Tidur Baik Untuk Kesihatan

Air merupakan komponen paling banyak dalam badan manusia. Ia meliputi 70% daripada keseleruhan badan manusia. Sebab itu kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan banyak organ dalam badan manusia rosak atau mengalami implikasi yang teruk.

Amalan meminum air setelah bangun dari tidur dikatakan satu amalan untuk awet muda. Kini sains telah membuktikan amalan tersebut memang sangat baik untuk badan kerana semasa tidur, badan kita kehilangan banyak air melalui pemeluwapan dan peluh.

Walaupun ketika tidur, badan manusia masih berfungsi seterusnya masih memerlukan air untuk kesihatan organ  dan badan. Jika kita tidak meminum air setelah bangun daripada tidur, tubuh akan kekurangan cecair dan mineral.

Untuk permulaan, minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh. Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak, jantung dan ginjal. Oleh itu, kita disarankan minum air secukupnya.

Banyak penyakit juga dapat disembuhkan dengan amalan ini seperti Epilepsi, asma bronkitis, cirit-birit, muntah, sakit buah pinggang, kencing manis, gangguan haid, meningitis, artritis, sakit kepala, jantung berdebar-debar, penyakit mata, mencegah kegemukan dan banyak lagi.

Cara minum yang disarankan adalah:

  1. Minum 4 x 160 ml setelah bangun dari tidur.
  2. Gosok gigi seperti biasa tetapi JANGAN makan apa-apa dalam masa 45 minit.
  3. Makan selepas 45 minit.
  4. Selepas sarapan / makan tengah hari / makan malam, elakkan minum air selama 2 jam.
  5. Mereka yang berumur dan mempunyai masalah kesihatan yang sukar untuk meminum air sebanyak 4 gelas sekaligus boleh minum secara beransur-ansur mengikut kesesuaian setiap hari.

Mereka yang mengamalkan rutin  diatas akan dapat merasai perubahan dalam beberapa bulan.

Bilangan hari untuk proses penyembuhan adalah seperti berikut:

1. Gastrik – 10 hari
2. Tekanan darah tinggi – 30 hari
3. Sembelit – 10 hari
4. TB – 90 hari
5. Diabetes – 30 hari

Pesakit arthritis perlu mengamalkan rawatan ini hanya untuk 3 hari pada minggu pertama, dan teruskan setiap hari pada minggu berikutnya.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali dan lebih kerap dari biasa. Adalah lebih baik jika kita teruskan amalan  ini dan menjadikan rutin  ini sebagai rutin harian dalam kehidupan kita. Minum air dan kekal sihat & aktif.

SUMBER

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. April 23, 2015    

    Encore merci pour ces précieuses infos !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN