Model baru Peugeot 408 dilancarkan

20120521-222008.jpg

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia melancarkan Peugeot 408 serba baru yang menawarkan prestasi, ruang, elegan dan keselamatan.

Dikenali dengan kod nama T73 sebelum ini, 408 bakal menjadi penawaran terbaru jenama Perancis untuk pasaran Malaysia dan dijangka menjadi pesaing terbaru di dalam segmen C.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Syarikat Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, setelah menerima maklum balas positif daripada wakil pengedar dari Australia, Thailand, Taiwan, Indonesia dan beberapa negara lagi, kereta sedan itu bakal menjadi model eksport terpenting Peugeot yang dikeluarkan di Malaysia untuk rantau ini.

“Kami menyasarkan jualan 408 sebanyak 400 unit sebulan dan penghantaran akan bermula pada pertengahan bulan Jun.

“Ia adalah model pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM), Gurun, Kedah dan menyasarkan golongan profesional muda dan keluarga,” katanya.

Peugeot 408 hadir dengan dua varian iaitu 408 Turbo dan 408 2.0. Varian 408 Turbo menampilkan enjin 1.6 liter yang menghamburkan kuasa 163hp dan kilas 240Nm menjadikan ia sebagai jentera sedan paling berkuasa dalam segmen C.

Sementara varian 408 2.0 liter enjin menghasilkan kuasa 145hp dan kuasa kilas 200Nm.

Harga atas jalan yang ditawarkan bagi model 408 Turbo adalah RM125,888 dan 408 2.0 RM109,888.

Pada majlis sama, Nasim Sdn Bhd turut merasmikan pusat servis Peugeot Blue Box Glenmarie yang akan beroperasi Jun ini. Pusat berkeluasan 82,000 kaki persegi itu bernilai RM15 juta.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN