Nak bagi duit kat bank pun susah

image

Tadi ada terbaca status seorang rakan di FB. Masalah tentang teller di bank RHB. Masalah dia camni

Mohon nasihat dan pandangan rakan2 FB….anak saya telah ke RHB Bank di Malay Town utk masukkan duit sebanyak RM652.50 kedalam akaun kawan saya. Malangnya teller bank mengarahkan anak saya supaya masukkan RM650 melalui mesin deposit tunai dan selebihnya RM2.50 melalui teller di counter. Bukan kah ini menyusahkan sehingga dua transaksi utk masukkan duit? Kata teller tersebut hanya jumlah melebihi RM5 ribu sahaja boleh didepositkan melalui counter. Adakah ini arahan baru Bank Negara atau sistem perbankan RHB yang baru? Sy tak pernah hadapi masalah ini di bank lain. Mungkin sy ketinggalan zaman kot dgn sistem baru ini….

Ramai orang yang memberi respon dan rata-rata mengatakan bank lain takde pulak masalah camtu. Jadi pendapat aku, itu arahan dari pengurus bank itu sendiri. Aku sendiri pernah hadapi masalah dengan teller bank ni. Di Ambank Taman Connought, kalau kita nak bayar istallment untuk loan kereta, teller dia suruh kita masukkan duit di cash deposit machine (CDM). Padahal kat kaunter takde orang pun. Kalau kita takde duit kecik, dia suruh kita pergi ke kaunter tukar dulu duit baru bank in kat CDM. Apa punya polisi pun tak tahu la diorang ni.. Lain la kat kaunter tu dah penuh orang, ramai yang tengah menunggu. Heran-heran… Bayor kat maybank2u je la.. Lagi senang..

Apa pendapat anda???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN