Nak curi duit la tu…

image

Hari ni dapat panggilan lagi kononnya aku terpilih untuk mendapat satu kad loyalty atau kad diskaun. Aku terpilih sebab selalu guna kad debit katanya..

Dari dulu lagi kalau dapat panggilan camni, memang aku konfius.. Pada mulanya ok je.. kalau nak bagi kad penghargaan ke apa ke.. minta alamat dengan nama cukup la kan? tapi lain pula yang diorang nak..

Mula-mula diorang sebut nama penuh aku.. ok betul… kemudian tanya pekerjaan.. aku jawab je kerja sendiri.. meniaga pasar malam.. kehkehkeh.. kemudian diorang mintak nombor kad debit…

Ting!!! aku dah nampak apa diorang nak sebenarnya.. nak kebas duit aku la tu… aku pun mula konfius dah.. aku pun cakap ” saya tak boleh bagi nombor tu, sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu.. kalau nak bagi kad tu kat saya, pos je la.. tak yah minta nombor kad debit pulak.. nak buat apa?” hah!!.. dia pun mula cerita pasal kes-kes tipu ni tak boleh berlaku dengan nombor tu je.. bla..bla..bla..  nada minah ni pun dah lain.. cam takut je…

Dah habis dia membebel pasal kes tipu-tipu tu.. Aku pun tanya lagi.. “apa nama kad loyalty tadi??? saya nak google jap!!!”. tut tut tut.. dia letak telefon… keh keh keh.. tau pun takut… silap orang la korang nak tipu.. jadi kalau korang terima panggilan dari nombor telefon 0123708353 … abaikan je.. tapi kalau nak try layan jugak apa salahnya… bagi maklumat palsu ke… tengok sapa tipu sapa plak… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Penipuan menggunakan telefon lagi Kisah ni sebijik macam yang aku kena beberapa tahun lepas. Ingatkan dah takda lagi kes camni, rupanya ada lagi. Kes aku dulu, kononnya ada orang nak beli gelang emas jugak, kat Time Square… memang masa tu aku tak terfikir pun ada sindiket camni. Memang nampak cam betul. Dengan nombor telefonnya… cara percakapannya.. Tapi Alhamdulillah, walaupun [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN