Nasi tumpang – Dapat juga akhirnya

Seumur hidup, baru semalam aku tahu kewujudan nasi tumpang ni.. ingatkan semua makanan kat Malaysia ni aku dah tahu dan try.. rupanya ada lagi…

Baru semalam sembang, hari ni dah dapat merasa… yang home made pulak tu… terima kasih kepada Kak ***** kerana sudi bagi kat saya… 🙂 lain kali boleh bagi lagi…

Nasi ni simple je… ingatkan camana.. nasi putih biasa dengan lauk, cuma yang uniknya nasi ni dimasukkan ke dalam daun pisang dan dibalut ala-ala kon cornetto tu…

image

Nasi dia dimasakkan lembik sedikit, kemudian masukkan lauk seperti serunding, kari ayam atau apa-apa jenis lauk la… kemudian dibungkus cam dalam gambar tu…

Bungkusan dia kecik-kecik je.. kalau setakat sebungkus memang tak cukup… paling kurang dapat dua ok la…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN