Nasihat buat kaum wanita

Pesanan ni bukan aku yang tulis, tapi Ustaz Zaharuddin yang tulis. Ceh, macam cerita Ahmad Albab plak… “ini harta bukan kau yang punya.. Ini harta Almad Albab yang punya… Hahahaha… Hahaha… ” sama tak?? 🙂 hehehe belasah je la…

image

Pesanan ni memang sesuai buat wanita yang suka upload gambar kat facebook, pastu harapkan orang like… orang komen… Pastu timbulla macam-macam perasaan dalam hati… Nah, baca ni ha… Setepek kena kat dahi..

Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, “Cantiknya awak.””Waah.. Comelnya”, “isyh keibuannya wajah”, “Ayunya” atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?.

Biasanya ramai wanita yang menjawab “Thanks”, “Terima kasih” atau “Alhamdulillah” atau “eh tak ada lah, biasa2 aja” (kononnya tawadhu’) dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Antara point ini yang saya kongsikan sewaktu ceramah LANGKAH 1,2 3 MENCARI JODOH di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)

Namun yang lebih baik tentunya, tiada dipaparkan gambarnya yang cantik tersebut. Zaharuddin.net

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN