Notis agihan dan catuan air di Selangor

NOTIS PENGAGIHAN AIR BERJADUAL DI KAWASAN HULU LANGAT, KUALA LANGAT DAN SEPANG EKORAN  PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR (LRA) CHERAS BATU 11 DAN LRA BUKIT TAMPOI 

 

Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

 

Sehubungan itu, berikut adalah Pelan Pengagihan Air Berjadual untuk makluman semua pengguna terlibat:

 

  1. 1.         TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN PENGAGIHAN AIR BERJADUAL

Bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis) hingga 31 Mac 2014 (Isnin). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN. 

  1. KAWASAN TERLIBAT

Kawasan yang terlibat di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1 dan 2.

notis catuan air

1.1. JADUAL PENGAGIHAN
Jadual pengagihan berdasarkan konsep pembekalan air: dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

jadual agihan air

1.1. POLISI PENGAGIHAN AIR BERJADUAL
Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta), rumah kebajikan dan lain-lain.
Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan atas permintaan.
Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan.

Catatan untuk pengguna komersial dan industri:
Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Pengguna komersial dan industri boleh memohon pembelian air dari pihak SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan SYABAS.

notis

1.1. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA
Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan berlebihan menyiram tanaman hiasan
Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk
Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampau kapasiti PUSPEL

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Catuan air berakhir Khamis (1 MEI) Pengagihan air berjadual atau catuan air yang telah dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan terlibat mulai 1 Mei ini.   Sehubungan itu, semua kawasan yang terlibat dengan catuan air akan memperolehi bekalan air seperti biasa bermula Khamis atau selewat-lewatnya Jumaat bagi [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN