Pemain hoki maut terkena pukulan bola di kepala

20120507-114332.jpg

PERTH: Pemain hoki berusia 24 tahun maut selepas terkena pukulan bola semasa perlawanan liga wanita di Australia Barat, lewat malam tadi.

Media tempatan melaporkan, Lizzie Watkins yang bermain untuk North Coast Raiders ketika menentang Victoria Park Panthers rebah ke tanah selepas terkena pukulan bola di kepalanya.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Presiden Kelab Raiders, Craig Vallipuram, berkata insiden itu adalah sesuatu yang sungguh dasyat dan tragik. – AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN