Pengalaman membeli di livingsocial.com yang teruk

image

Dah banyak kali dan macam-macam barang aku beli diinternet. Bukan setakat dari Malaysia, malah dari banyak negara macam China, UK, Australia, Hong Kong dan banyak lagi la negara kalu nak sebut kat sini. Kebanyakannya adalah melalui ebay, web dropship, facebook dan blog-blog…

Belum pernah dapat pengalaman seteruk ni… ingatkan beli dari web Malaysia yang top, establish… takde masalah la… tapi hampeh… tapi betul ke company ni establish??? Huhuhu…

Barang yang aku beli ni takla mahal sangat harganya… cuma kalau dah beli banyak, banyak juga la nilainya…

Kalau ikut emel yang aku ada, tarikh pembelian ialah 20 Jun yang lalu… produk boleh diambil mulai 22 Julai.. maknanya sebulan selepas aku beli… bukan oder pakai air liur ye… dah siap bayar…

23 Julai, aku pun pergilah ke office livingsocial ni kat MidValley… dengan harapan barang dah ada dan boleh la ambik beg-beg tu… nak cari office livingsocial dah la susah… parking pulak jauh… bulan puasa pulak tu… sabo2… sampai je office diorang.. dengan penuh harapan nak ambik beg-beg tu… staff diorang bagtau… “sory encik.. barang encik tak sampai lagi.. ada masalah dengan logistik”… dem… (dalam hati) nak marah, bulan puasa… jadi sabo je la… kalau ikut hati, nak je marah staff tu… dah la barang tak sampai… tak bagtau awal-awal pulak tu.. apa salahnya emel ke… call ke… jadi tak la frust sangat… kemudian aku pun tanya… jadi bila barang ni akan sampai?? Staff tu cakap.. “mungkin dalam seminggu dua ni… kalau sampai awal kitorang akan call bagtau.. ” Ok la kalu camtu… Selang seminggu aku call lagi tanya status barang… sama gak respon dia… belum sampai… call lagi seminggu dia cakap… hati dah makin panas.. hampir setiap minggu aku call… cama gak.. belum sampai..

Sampai la hari ni, 22 Ogos… tak sampai gak… dah sebulan delay… kalau ikut tarikh pembelian… dah lebih 2 bulan aku bayar kat diorang… senang betul buat duit… dah la tak payah keluar modal nak oder barang. Untung atas angin je.. barang tak sampai-sampai gak… barang tak sampai tu satu hal… tak inform pun satu hal… diorang tak rasa bersalah ke buat bisnes camtu…

Takde ke peguam nak buat duit ni… ada peluang saman orang ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. Miza Hasmiza Miza Hasmiza
    January 5, 2015    

    Saya pun terkena. Nak beli kasut suka colour pink. Cantik. Last2 dia msg cakap bgtau colour pink xde stock. Yang ada colour grey (hodoh plak tu). Sy call balik tanya kenapa xbgtau masa di order form? kebiasaanya, kalau sesuatu barang atau colour habis, dia akan bekukan link. Tp dia xbuat mcm tu pon. Kalau xbuat, mcm mana nak tahu stock dh habis!!! Bengongggg!!!

    Sy malas nak bertekak lebih2, terus sy xnak barang. Sy nak duit sy balik. Kira refund laaa. Bila call no yg tertera, asyik line bz jeee. Nyampah btollll kalau mcm ni. Nyusahkan org jer! Elok kita percaya dia, boleh dia buat taik mcm ni!!!~ No nya 03-2604 5333. Selalu call susah nak dpt! Semak kepala hotak!!!~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN