Penjelasan pemilik restoren yang didenda kerana caj RM6000

BENARKAH KEDAI NASI SELERA DAUN PISANG CAJ RM6,000.00 UNTUK SARAPAN PAGI ?

Pagi ni ambo berkesempatan singgah di Selera Daun Pisang untuk bertanya khabar dengan Abe Din dan Kak Yah . Mereka ialah tuanpunya perniagaan .

Abg Din beritahu perkara yang berlaku tidak sama dengan yang keluar dalam akhbar. Katanya, ” Tempahan untuk Majlis Sarapan Pagi Bersama Datuk Mukhriz Mahathir pada 06/10/2013 jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk 200 orang. Apa yang berlaku , ahli rombongan mulai masuk makan jam 7.30 pagi lagi. Lauk-pauk yang disediakan pada hari tu cukup untuk makan bagi 600 orang. Biasanya kita buat untuk 400 orang bagi jualan hari biasa.”

Tambah Abg Din lagi, “VVIP sampai jam 8 pg lebih… masa tu ahli rombongan yang bersama Datuk Mukhriz lebih kurang 50 orang… tetapi didalam kedai ni dah penuh dan bergilir keluar masuk makan .. lepas tu ada yang siap bungkus lagi.”

“Bila saya tanya kepada in caj rombongan pasal hal tu (bungkus bawa balikk) , dia kata ..tak pe lah.. Akhirnya sebelum jam 10.30 pagi semua lauk pauk untuk 600 orang tu dah habis, Jadinya terpaksalah kami masak tambah pula untuk jualan harian.”

“Bila bayaran nak dibuat, terdapat tiga orang yang buat bayaran.. Setelah dikira semua makanan termasuk kueh (kueh pun habis) dan minuman jumlahnya RM6,000.00. Dia minta diskaun, Kak Yah beri RM500… jadi dia bayar RM5,500.00″..tambah Kak Yah.

Tambah Abg Din lagi,”Kami minta dia bayar apa yang ahli rombongan makan, bukannya kami caj lebih. Kami malu dengan tindakan mereka yang mengaibkan kami dengan cerita fitnah ini.”

Begitulah cerita dari Abg Din dan Kak Yah mengenai hal ini.

Sumber:  fb Adli Muhammad Alhassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN