Penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Berkaitan Isu Prabayar

skmmMCMC PERJELAS ISU GST PRABAYAR PUTRAJAYA,

Jumaat, 3 April 2015 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beserta pembekal komunikasi Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile hari ini menjelaskan isu sekitar GST bagi perkhidmatan prabayar.

“Saya telah diberi taklimat oleh celcos mengenai perkara ini. Sejak dari mula, perkhidmatan komunikasi tidak termasuk dalam senarai barangan yang dikecualikan atau zero rated daripada GST, bermakna pengguna perlu membayar GST untuk perkhidmatan ini. Ini termasuk isian semula prabayar,” kata Dato’ Sri Dr Halim Shafie,

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dr Halim menegaskan bahawa isian semula prabayar tertakluk kepada GST dan ini mematuhi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Menurut Dr Halim, nilai prabayar adalah sama dengan nilainya sebelum pelaksanaan GST; bezanya hanyalah GST ditambah kepada amaun prabayar. Menurut keempat-empat pembekal perkhidmatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bersetuju dengan cara pelaksanaan GST keatas isian semula prabayar seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung semalam di antara Jabatan Kastam dan wakil daripada keempa-empat pembekal perkhidmatan komunikasi.

Pun begitu, bagi meringan beban terhadap pengguna, sebagai langkah peralihan, para pengguna yang mengisi semula RM5.00 ke atas akan mendapat nilai tambahan yang melebihi GST 6% yakni dalam bentuk minit dan mesej teks percuma.

Tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan. Satu kajian akan juga dijalankan oleh pembekal perkhidmatan komunikasi bagi menilai sama ada pengguna cenderung kepada nilai isian semula yang lebih rendah dimana GST akan dikenakan.

Contohnya, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 tambah GST 6%) atau RM10.00 (isian semula RM9.43 tambah GST 6%). Sementara itu, pihak industri sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta MCMC dalam membangunkan pakej jalur lebar yang lebih mampu dimiliki oleh rakyat. Pengumuman dijangka dibuat pada pertengahan bulan April.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN