Penjual juga berisiko untuk ditipu

Biasanya kita hanya mendengar kes pembeli yang ditipu oleh penjual atas talian. Sebenarnya penjual atas talian juga berisiko untuk ditipu oleh pelanggan. Terutama pelanggan yang ingin membuat COD atau Cash On Delivery. Risiko peniaga yang COD ni bukan sahaja takut ditipu, peniaga juga berisiko untuk dirompak atau dibunuh.

sindiket wang palsu

Sedikit perkongsian oleh PDRM di laman facebook mereka.

 

Anda menjual barangan secara dalam talian? Sedarkah, anda mungkin ditipu sindiket dengan membayar menggunakan wang palsu

Polls mengesan sindiket ini yang menggunakan wang palsu untuk membayar barangan yang dibeli secara dalam talian. Selain itu, sindiket turut mencari mangsa di laman sesawang.

Sindiket yang bergerak secara berkumpulan itu dikatakan turut pakar dalam memproses wang palsu seakan sama dengan yang asli.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyasarkan individu yang menjual barangan seperti telefon bimbit di laman sesawang dan membuat janji temu di sesuatu kawasan.

Selepas berpuas hati dengan barangan yang dijual (seperti teiefon bimbit itu), sindiket akan membayarnya dengan menggunakan wang palsu.

Polis menasihatkan supaya mangsa perlu berwaspada, selain mengarahkan pembeli untuk membayar di mesin ATM. Ini berikutan, wang palsu boleh dikesan oleh bank, sekali gus mangsa tidak boleh diperdaya oleh sindiket berkenaan.

Baru-baru ini, polis menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan itu selepas menahan tiga lelaki di sekitar Cheras dan Brickfields serta berjaya merampas 20 keping wang RM100 dan dua keping wang RM50 yang dipercayai palsu, kerambit dan empat teiefon bimbit dipercayai dibeli secara dalam talian.

Turut dirampas, dua unit penyembur cat, 50 helai kertas A4 tertera wang RM50 yang baru diproses, alat pengesan wang, pengering rambut, komputer riba serta peralatan memotong keratan wang palsu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN