Penyelam bina masjid pertama di bawah air

20120508-082427.jpg

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.
Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.

-bharian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. May 8, 2012    

    Simple je orang arab ni kan. Buat masjid tak perlu susah-susah.
    Teringat zaman Nabi dulu. Masjid Nabawi tu, asalnya guna pelepah kurma je.

    Apa yang penting ialah, kita tahu prioritynya.
    Dalam kes ni, mana penting?
    1. solat
    2. bina masjid

    Nampaknya, paling priority ialah solat ! 🙂

    Syabas beteh……
    Raja Kamil recently posted..Islam Suruh Kita KayaMy Profile

    • wandin wandin
      May 8, 2012    

      Betul tu tuan.. Yang penting dan WAJIB…. solat walau di mana pun kita berada..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN