Peraduan khas untuk kaki like facebook

image

gambar hiasan

Aaaa… nin dia peraduan yang khas untuk orang yang suka like kat facebook. Boleh cuba ni… mana tau ada rezeki… dapat hadiah..

Like dan menang hadiah menarik di Pesta Buku Karangkraf 2012

SHAH ALAM – Buat semua pengunjung Pesta Buku Karangkraf 2012, anda kini mempunyai peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hanya menekan butang ‘Like’ di laman Facebook bagi produk keluaran Kumpulan Media Karangkraf.

Peraduan ‘iLike & Menang’ anjuran Grup Digital Karangkraf (GDK) bermula hari ini sehingga 6 Mei depan, dan menyaksikan pemberian hadiah pada setiap jam.

Pengarah Eksekutif GDK, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, untuk memasuki peraduan tersebut, pengunjung hanya perlu mencari ahli GDK yang memakai pakaian Pesta Buku Karangkraf, topi berwarna-warni berserta tag pengenalan ‘iLike Facebook’ sepanjang pesta itu berlangsung.

Syamil berkata, peraduan tersebut terbahagi kepada dua bahagian, dengan bahagian pertama hanya memerlukan peserta menekan butang Like pada laman Facebook tertentu dan cabutan bertuah akan dibuat bagi memilih pemenang pada setiap jam.

“Pengunjung tidak perlu membeli apa-apa barangan, hanya cari kami, dan tekan butang Like untuk laman Facebook Sinar Harian, lima majalah atau buku terbitan Karangkraf, dan satu perkhidmatan Karangkraf melalui telefon pintar masing-masing atau di gerai GDK.

“Setiap pengunjung yang datang ke gerai kami akan diberikan borang penyertaan selepas mereka menekan butang Like. Cabutan akan dibuat dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap jam, bermakna akan ada 10 pemenang setiap hari. Hadiah untuk bahagian pertama adalah penginapan di Tune Hotel di seluruh negara,” katanya.

Untuk bahagian kedua peraduan itu, yang akan bermula pada 2 Mei, Syamil berkata, beberapa siri soalan akan disiarkan di laman Facebook Sinar Harian, dan jawapannya boleh ditemui sama ada secara online atau di dalam akhbar cetak tersebut dan majalah lain keluaran Karangkraf.

Hadiah utama seperti iPad, iPod Nano dan iPod Shuffle serta penginapan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur menanti pemenang bahagian kedua.

Pesta Buku Karangkraf 2012 berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC, Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga 6 Mei depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN