Perginya seorang murabbi yang kita sayangi

Sebuah kisah yang meruntun jiwa Di pagi subuh jumaat 13/02/2015

Catatan hiba seorg sahabat
image

Sebaik shj menerima berita kematian TGNA pd jam 9.40 mlm, sya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama2 rakan2 lain menziarahi Allahyarham TG. Perjalanan biasa selama 20 minit dri rumah scya ke P.Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan ramai yg dtg utk ziarah TG. Sesampai shj di rumah TG, ribuan hadirin sdg menungu giliran utk masuk ke rumah. Sya mengambil keputusan utk menunggu dlm masjid bersebelahan rumah TG bgi memberikan peluang kpd org lain menziarahi TG. Hampir jam 3 pgi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah sya masuk ke rumah utk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pgi sya kembali semula ke masjid utk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. Ternyata sya tak dpt tidur walaupun sya memaksa & memejamkan mata. Dlm fikiran sya tidk henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi sya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sdg solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu skrg hampir jam 6 pgi. Kami seperti menunggu-nunggu TG utk muncul dari pintu kecil brsebelahan rumahnya utk solat bersama. Tiba2 shj sya menjadi sebak. Air mata yg sya tahan dari awal malam tidak dpt dibendung lgi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lgi sya menahannya. Sya tahu TG sudah tiada. Tapi sya seperti terbayang2 kelibatnya berjalan dgn penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid utk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari2 biasa. Air mata sya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat2 spt menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. Kedengaran hadirin lain teresak2 dalam alunan azan Subuh… Mereka jg merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama, tiada lgi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini. Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ust. Nik Radzi masuk bgi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah spt TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. Sya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan drp ahli jemaah semasa solat Subuh pgi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG… dan kita akan rindu pda TG yg disayangi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN