Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 Dari 4 Hingga 6 Mei

image

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 akan berlangsung di Pantai Cahaya selama tiga hari mulai 4 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pesta tersebut.

Antaranya ialah cabaran ski air antarabangsa, larian pantai di sebelah malam, cabaran paintball, acara sukan, karnival memancing, pertandingan band dan konsert.

Beliau berkata lebih RM80,000 hadiah berbentuk wang tunai dan sagu hati berserta trofi ditawarkan.

Mohammad Razi berkata lebih 130,000 orang dijangka mengunjungi pesta tersebut yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN