Presiden Google ditahan di Brazil kerana enggan buang video hina nabi

Ini baru betul.. Bukan setakat buat demo.. Buat bantahan.. Pihak kerajaan juga perlu bertindak terhadap mereka terlibat dalam kes video hina Nabi Muhammad SAW. Google dengan jelasnya enggan membuang video tersebut terus ditekan dan dikecam oleh umat islam diseluruh dunia. Yang terbaru, presiden google di Brazil ditahan oleh pihak berkuasa Brazil kerana kes tersebut… Google pun ada pejabat kat Malaysia kan??

20120927-124124.jpg
Fabio Jose Silva Coelho

RIO DE JANEIRO – Pihak berkuasa menahan Presiden Google di Brazil, Fabio Jose Silva Coelho semalam atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya negara Amerika Selatan itu.

Coelho didakwa tidak mengeluarkan video atas talian yang didakwa memfitnah seorang calon jawatan Datuk Bandar.

Tindakan itu muncul ketika beberapa negara mendesak YouTube dan Google mengeluarkan klip filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mato Grosso do Sul, negeri di barat daya, menuduh Coelho enggan mematuhi permintaan agar video berkenaan dikeluarkan dari YouTube.

Polis persekutuan menahan Coelho semalam. Penahanannya diumumkan di Sao Paulo.

Bagaimanapun menurut polis, tindakan Coelho hanya jenayah kecil dan akan dibebaskan sebaik dia menandatangani dokumen bahawa dia akan hadir di mahkamah.

Di bawah undang-undang Brazil, tindakan melanggar arahan hakim boleh membawa hukuman penjara setahun.

Awal bulan ini, seorang eksekutif syarikat lain berhadapan dengan dakwaan yang sama di negeri utara Brazil, Paraiba kerana didakwa memfitnah calon Datuk Bandar di wilayah itu.

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN