Puas ke paus.. | Sinar Harian typo…

Puas yang terdampar gagal diselamatkan… Hehehe.. Jauh benor perginya… Dari ikan paus ke puas.. Wartawan ni nak cepat ke apa pun tak tahula… Mungkin dia tengah ‘puas’ kot… Hahaha… Puas ni ada dua makna, kalau ikut orang pantai timur, puas ni maknanya ‘boring’, atau bosan dan satu lagi maknanya dah selesai dengan sesuatu urusan seperti lega, kenyang, senang….dll..

Tapi typo sebegini perkara biasa kalau setakat kat blog-blog cap ayam cam blog aku ni.. Tapi kalau web berita online yang buat.. Memang tak patut la.. Tang tajuk plak tu…

20120803-213731.jpg

Ni berita penuh tentang paus yang terdampar tu…

KOTA KINABALU – Paus seberat 10 tan yang terdampar selama lebih 12 jam di pantai Sungai Sitompok, Kuala Penyu dekat sini, mati semalam dipercayai kerana mengalami masalah deria.

Pegawai perikanan daerah Kuala Penyu Julin Bagang berkata paus jenis Baleen sepanjang 17 meter itu dipercayai tertekan apabila terpisah daripada kumpulannya di luar habitat semula jadi mereka.

“Daripada pengamatan saya, deria paus itu tidak berfungsi dan ini menjejaskan sistem tubuhnya,” katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.

Ikan gergasi itu didapati terdampar di pantai tersebut oleh seorang pekerja di Taman Pulau Tiga pada kira-kira pukul 9 pagi semalam. Bagaimanapun, mamalia ini mati pada pukul 8 malam.

Julin berkata mereka cuba menyelamatkan ikan itu, termasuk mengepam air laut bagi menyimbah tubunya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kami tak ada kepakaran dan kemahiran untuk menyelamatkan ikan paus,” katanya.

Julin berkata kontraktor dilantik untuk mengalihkan bangkai ikan itu dari tempat berkenaan dan menanamnya di tempat khas di Kuala Penyu.

Tugas berkenaan, yang bermula pada pukul 2 petang, selesai tiga jam kemudian. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN