Qiam with me | Program sultan bersama rakyat

Walaupun aku bukan orang Kelantan, tapi aku tumpang bangga kerana Kelantan mempunyai seorang sultan yang betul-betul berjiwa rakyat dan meletakkan Islam betul-betul di tempatnya.

Sebelum ni, Sultan Kelantan telah menganjurkan program Walk With Me yang mana dalam program tersebut, baginda telah mengetuai Walkathon Diraja 2012, yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat.

20120810-001725.jpg

Sempena bulan Ramadhan 1433 ni pula, baginda sultan sekali lagi menganjurkan program bersama rakyat yang diberi nama “Qiam With Me”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) penganjur bersama sebagai urusetia negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kerabat Diraja Al-Muhammadi, Kuwait Finance House serta Majlis Jaksa Pendamai Kelantan akan mengadakan Program ‘QIAM WITH ME’ Tahun 1433H/2012M pada 20 Ramadhan 1433H bersamaan 09 Ogos 2012M (Khamis malam Jumaat) Jam 9.30 malam hingga 6.30 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: wargamarhain

image

image

Allahuakbar!!! Semoga Allah melanjutkan usia baginda sultan dan terus istiqamah… Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN