Realiti dunia guru hari ini

image
Gambar hiasan

Salam..

Saya guru di Johor Bahru. Isu saya berkenaan “Guru Yang Malas Atau Buat-Buat Malas, Akan ‘BEBAS'”.

Maksud saya, lumrah kita guru diberi tugas oleh pentadbir. Kita sebagai guru, akan bertanggungjawab menyelesaikan sebarang tugasan yang diberi. Dalam Guru Yang Bertanggungjawab ini boleh jadi ada 3 golongan guru iaitu:

1. Guru yang memang rajin & dedikasi
2. Guru yang kaki kipas
3. Guru yang buat tugasan sebab ia adalah arahan dari pentadbir

3 golongan guru ini akan melaksanakan tugas yang diberi samada ia disiapkan dalam kadar segera, elok dan cantik, bermutu ataupun sekadar siap sahaja. Apapun semua hasil tugasan akan selesai seperti dipertanggungjawabkan.

Namun terdapat juga golongan Guru Yang Tak Bertanggungjawab yang mana boleh dicop malas atau buat-buat malas. Guru-guru ini selalu buat kerja tak kemas. Selalu terlepas tarikh akhir tugasan. Selalu cuti sakit. Selalu cakap tak tahu itu tak tahu ini. Secara tak langsung, pentadbir kenal dan faham yang mereka ini langsung tidak bertanggungjawab. Makanya mereka ini tidak akan diberikan sebarang tugasan.

Yang jadi MANGSA, GURU BERTANGGUNGJAWAB la. Lepas satu tugasan, dapat lagi tugasan lain. Sampai ke tahap, guru ini terasa sangat beban, emosi terganggu. PDP pun terjejas. Memang kesian. Mangsa keadaan.

Yang senyum bertepuk tangan, relax sahaja adalah guru tak bertanggungjawab. Mereka kata ‘lantaklah apa orang nak kata, janji aku senang’. Pi sekolah, ngajar, balik sekolah. Lapang gila masa. Dan bagi guru yang sengaja nak ‘bebas’, mereka akan sengaja buat-buat malas. Dengan harapan, tak dapat apa-apa tugas.

Guru yang bertanggungjawab ni, lama kelamaan, akan terfikir, kalau mereka pun turut sama buat-buat malas, mereka pun akan terlepas. Haaa di sini bahayanya datang..

Kita boleh nampak di sini, mutu dan kualiti guru bakal merudum. Merudum dek bebanan tugas dan perasaan ingin ‘bebas’ seperti guru ‘bebas’..

Semua ini adalah lumrah keguruan. Namun ia perlu diberi perhatian yang sangat tinggi. Perlu solusi. Tapi di mana dan bagaimana solusinya?

– Cikgu Rajin

Sumber: FB Kelab Guru Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN